Surat


Surat ditangan aku genggam sepuasnya sehingga mengalirkan air mata. Baru sebentar tadi aku dikejutkan dengan tulisan tangan dari surat itu. Surat yang aku kira memberikan aku kesedaran bahawa kini aku bukan lagi sebahagian daripada mereka. Dan kemungkinan kini aku baru sahaja mengetahui tentang diri aku yang sebenarnya. Yang selama ini aku sangkakan mereka lah dalang untuk segala yang terjadi selama ini. Namun, aku silap. Seharusnya aku redha di atas apa yang telah terjadi dan bukannya bepegang teguh kepada dendam semata-mata. Aku minta maaf semua. Seandainya aku masih mampu bersama kamu semua kembali, aku janji pengakhiran kita pasti akan menjadi lebih baik daripada ini.


"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"

Comments

Popular posts from this blog

Andai,

Permulaan