Posts

Tulisan Tangan Kebenaran

“Iliya, kalau kau masih mampu membaca apa yang aku tulis ini, aku harap sangat kau dapat maafkan kami yang tak pernah berpeluang menjadi yang terbaik untuk kau. Kami cuba, tapi kami gagal. Maaf sebab tak mampu nak memahami kau selama kita kenal. Walaupun aku tahu, kau tak mungkin baca surat ini, tapi aku nak kau tetap tahu, aku, Amira dan Nayli sangat sayangkan kau. Aku sayang persahabatan ini. Aku sendiri tak jangka kita semua akan berakhir dengan tragedi macam ni. Aku minta maaf. Seandainya kau masih ada, aku cuma nak cakap yang aku rindu kita berempat bersama. Tenanglah Iliya di sana. Dekat sana kau takkan rasa terseksa seperti di dunia ini. Aku sayang kau. Al-fatihah.” -Anith Hairina-

Kenangan

Keputusan untuk menyambung pengajian ‘ masters ’ dalam bidang sastera mungkin salah satunya sebab mengapa aku tidak mahu teringat akan kenangan lama. Namun, suasana universiti yang kembali aku tempuh telah membawa aku kepada kenangan yang pernah di simpan semat dalam hati sejak tiga tahun lalu.  Aku bakal melalui fasa kematangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda. 

Caffeine

Aku masih teringat peristiwa bersama mereka di mana aku dipaksa untuk menelan minuman ber caffeine itu semata-mata untuk berjaga dan bersengkang mata pada tengah malam tahun baru. Ketika itu, kami sangat gembira sehingga ditegur oleh senior kerana terlalu bising. Melihat cawan nescafe di atas meja, aku tersenyum. 

Surat

Surat ditangan aku genggam sepuasnya sehingga mengalirkan air mata. Baru sebentar tadi aku dikejutkan dengan tulisan tangan dari surat itu. Surat yang aku kira memberikan aku kesedaran bahawa kini aku bukan lagi sebahagian daripada mereka. Dan kemungkinan kini aku baru sahaja mengetahui tentang diri aku yang sebenarnya. Yang selama ini aku sangkakan mereka lah dalang untuk segala yang terjadi selama ini. Namun, aku silap. Seharusnya aku redha di atas apa yang telah terjadi dan bukannya bepegang teguh kepada dendam semata-mata. Aku minta maaf semua. Seandainya aku masih mampu bersama kamu semua kembali, aku janji pengakhiran kita pasti akan menjadi lebih baik daripada ini. "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"

Kebenaran

Mungkin jika tidak berlakunya kejadian itu pasti aku masih terkapai-kapai mencari petunjuk yang aku sendiri tidak tahu dari mana. Sisa-sisa tangisan yang masih lagi mengalir di pipi terus aku kesat dan aku kemudiannya mencapai telefon bimbit yang kerap berdering daripada tadi. "Mengacau sahaja orang baru nak layan perasaan." Aku mengomel sendirian sambil melihat nama yang tertera di skrin telefon itu. Anith Hairina is calling... Melihat sahaja nama itu, terus cepat-cepat aku matikan panggilan tersebut. Anith Hairina. Nama itu masih terngiang-ngiang difikiranku sejak pagi tadi. Kebenaran yang aku langsung tidak jangkakan sebenarnya menikam diri aku sendiri. Orang yang aku sangkakan suci bak air mutlak sebenarnya adalah musuh dalam selimut yang aku tidak pernah jangka. Pelbagai persoalan juga masih berlayar di fikiranku yang memberi segala pandangan negatif terhadap diri aku sendiri. Setelah beberapa kali aku menolak panggilan dari 'orang' itu, aku bingkas ba...

Andai,

Agaknya, mungkin sudah hampir lima tahun aku tidak merasai kehadirannya. Kalau dipertemukan sekali lagi sudah pasti akan aku hargainya semampu yang dia pernah beri kepadaku dahulu. Tapi, itulah lumrah manusia. Hanya menghargai apabila mereka sudah tiada. Hanya menyesal dengan perkara yang telah berlaku. Aku masih mencari di mana silap ku. Adakah aku tidak layak untuk berdamping dengan mereka yang baik-baik sahaja? Atau aku cuma mengambil haluan singgahsana yang berbeza berbanding mereka? Andai kata, aku dan mereka mampu bersatu seperti dahulu, cukuplah aku tidak minta untuk dilayan bak anak raja macam dahulu!

Permulaan

Bismillah. Assalamualaikum. Selamat malam. Tanggal 17 September permulaan yang sangat berharga. Makin hari aku melangkah ke umur yang terlalu sibuk untuk aku katakan. Sibuk dengan dunia mungkin. Arhh, aku tak peduli. Aku ingin segalanya jadi baik sesempurna seperti waktu kecilku. Mampukah aku?