Kebenaran
Anith Hairina is calling...
Melihat sahaja nama itu, terus cepat-cepat aku matikan panggilan tersebut. Anith Hairina. Nama itu masih terngiang-ngiang difikiranku sejak pagi tadi. Kebenaran yang aku langsung tidak jangkakan sebenarnya menikam diri aku sendiri. Orang yang aku sangkakan suci bak air mutlak sebenarnya adalah musuh dalam selimut yang aku tidak pernah jangka. Pelbagai persoalan juga masih berlayar di fikiranku yang memberi segala pandangan negatif terhadap diri aku sendiri. Setelah beberapa kali aku menolak panggilan dari 'orang' itu, aku bingkas bangun dari katil yang sebentar tadi aku sudah berpasrah dengan kehidupan sendiri, melalui hari-hari aku dengan pelbagai persepsi negatif dari orang sekeliling terhadap diri aku. Sungguh aku tidak sanggup untuk mengharungi hari itu.
Comments
Post a Comment